Sosioekomoni Dan Keusahawanan
Pertanian
Di Pokok Sena terdapat Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Gajah Mati ialah satu kawasan yang dikhususkan oleh kerajaan bagi tujuan meningkat pengeluaran makanan negara di bawah Dasar Pertanian Negara. Kawasan seluas 55.2 hektar ini dilengkap dengan infrastrukur asas seperti jalan ladang dan sistem pengairan dan bekalan air bagi memudahkan usahawan tani bercucuk tanaman. Pada masa ini kawasan ini menampung 24 perserta yang mengusahakan tanaman kontan seperti nenas, jagung dan sayuran seperti cili, petola serta juga buahan mas melon yang diusahakan secara fertigasi.
Ladang Getah Tradewind
Selain daripada pertanian, Pokok Sena juga mempunyai ladang getah yang dimiliki oleh Tradewind(M) Sdn Bhd. Iaitu milik Syed Mokhtar Al-Bukhari.
Penternakan Madu Kelulut
Pengurus yang juga pengasas ETH, Encik Ramli Abdul Rahman memiliki 120 sarang kelulut yang diternak dalam kotak, operasi ternakan syarikat itu di Dataran Bunga Sena, Pokok Sena, Kedah. Beliau menghasilkan empat jenis produk. Empat jenis produk terbabit ialah sabun mandi propolis, krim kulit siang dan malam, madu kelulut asli dan minuman botani madu kelulut campuran buah kurma. Mereka turut membekalkan koloni (anak dan telur kelulut) kepada mereka yang berminat mengusahakan perusahaan itu.
Alamat : Lot 50, Dataran Bunga Sena
06400 Pokok Sena,
Kedah Darul Aman
No. Tel : 013-2777753
Email : pppkmps@gmail.com
Facebook : Persatuan Peniaga Pokok Sena
Pengusaha Rempeyek Che Yah
Bermula dengan berniaga rempeyek secara kecil-kecilan di pasar malam dan menjualnya sendiri di kawasan kampung-kampung, kini jenama Rempeyek Che Yah yang diusahakan oleh Siti Rokhiah Abdullah, 46, semakin berkembang maju. Pasaran Rempeyek Che Yah semakin berkembang luas dan rempeyek rangup hasil resipi yang dicuba dan diolah sendiri sejak 17 tahun lalu kini boleh didapati di Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Kelantan, Shah Alam dan juga Kuala Lumpur.
Alamat : Che Yah Enterprise ,
Kg Padang Tembesu,
Mukim Derang, Pokok Sena,
Kedah Darul Aman.
No. Tel : 04-7823448/012-4612583(Pengurus Nor Azman Ahmad)
Pengusaha Rempeyek Mini Ajaib
Pokok Sena jugak terkenal dengan penghasilan rempeyek mini ajaib. Alamat dan no telefon seperti tertera dibawah.
Alamat : Hj Mohd Ajaib Shahaff
Industri Kecil Makanan Islam
Desa Irfan, Kedundung ,
06400 Pokok Sena,
Kedah Darul Aman.
No. Tel : 04-7824017/013-4262090/ 019-4259397