dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Pokok Sena, Kedah
  • Utama
    • Mengenai PI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program Klik Dengan Bijak di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Mohamed Al Bukhari, AlorSetar, Kedah

16 Ogos 2015 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Ogos 2015 ,Pusat Internet Pokok Sena dengan kerjasama PI Gunung Hilir, PI Napoh dan PI Jerlun telah telah mengadakan Program Klik Dengan Bijak(KDB) bertempat di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Mohamed Al Bukhari, AlorSetar, Kedah. Program ini bertujuan melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet),mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain, memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri, mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet dan mewujudkan semangat berkumpulan dan saling bekerjasama sesama ahli kumpulan. Program ini yang bermula pada jam 12.00 tengah hari dan berakhir pada jam 2.30 petang melibatkan 167 pelajar berbilang bangsa dan juga tiga orang guru pengiring. Antara aktiviti yang menarik dalam program ini adalah taklimat klik dengan bijak, kuiz klik dengan bijak dan aktiviti secara berkumpulan. Bagi menceriakan suasana pihak Pusat Internet menyediakan hadiah bagi para pemenang dan penyampaian cenderahati kepada pihak sekolah diatas kesudian membenarkan program dijalankan di sekolah tersebut. Pihak kami amat berterima kasih pada pihak sekolah diatas kerjasama yang diberikan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.