dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Pokok Sena, Kedah
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Hari Terbuka PI Pokok Sena

10 Disember 2017 | Aktiviti Terkini

Hari Terbuka PI Pokok Sena kali ini telah berlangsung dengan jayanya di PI Pokok Sena dengan kerjasama komuniti Kg. Jambu dan juga pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah di sekitar kawasan berhampiran PI Pokok Sena. Program kali ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran staff PI Kedah yang lain antaranya Pengurus P1IM Napoh, Gunung Keriang, Jerlun dan juga Kodiang. Tujuan program ini diadakan pada setiap tahun adalah untuk menggalakkan penyertaan penduduk terhadap program yang dianjurkan oleh Komuniti dan PI Pokok Sena disamping memberi pendedahan kepada penduduk mengenai kepentingan hubungan kekeluargaan yang terjalin menerusi program ini.

Selain itu program ini adalah untuk melahirkan komuniti setempat yang celik IT dan menggunakan teknologi ICT dengan bijak melalui kempen Klik Dengan Bijak. Pelbagai aktiviti menarik turut disediakan pada program tersebut, antaranya adalah KDB Whatsapp Challenge, Demo Membuat Kek Coklat Viral, KDB Dam Ular dan Cabutan Bertuah. Program ini berakhir dengan acara cabutan bertuah dan penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.