dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Pokok Sena, Kedah
  • Utama
    • Mengenai PI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Bengkel Pengisian Data Sistem Maklumat Pendidikan Islam (SIMPENI) Oleh Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Kedah Darul Aman.

18 Mac 2016 | Aktiviti Terkini

Bertempat di Pusat Internet Pokok Sena, Bengkel Pengisian Data Sistem Maklumat Pendidikan Islam atau ringkasannya SIMPENI dibawah anjuran Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Kedah Darul Aman telah diadakan selama tiga hari berturut-turut bertarikh 15 Mac 2016(selasa) sehingga 17 Mac 2016(Khamis) disini.

Bengkel ini yang diketua oleh tiga orang penyelia dan 25 orang peserta yang masing-masing adalah ustaz dan ustazah KAFA bagi  Daerah Padang Terap dan juga Daerah Kota Setar.  Penyelia bagi Daerah Padang Terap diwakili Uztazah Munirah Binti Sabri manakala Daerah Kota Setar ialah Ustaz Azizan Bin Abdul Rahman. Pihak PI Pokok Sena amat berbesar hati dengan kepercayaan yang diberikan oleh Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Kedah kerana memilih PI Pokok Sena sebagai tempat untuk menjalankan bengkel SIMPENI selama tiga hari berturut-turut.

Program ini bermula pada pukul 8.00 pagi dan tamat pada pukul 5 petang.Jamuan ringan turut disediakan kepada semua peserta yang terbabit. Di kesempatan ini, pihak PI Pokok Sena mengambil kesempatan mempromosi kemudahan-kemaudahan ICT yang terdapat di Pusat Internet Pokok Sena. Alhamdulillah respon balas yang diterima amat memberangsangkan

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.