dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Pokok Sena, Kedah
  • Utama
    • Mengenai PI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Mencipta Akaun Gmail bersama Surirumah

16 Ogos 2015 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Ogos 2015 ,Pusat Internet Pokok Sena telah membuat kelas mencipta akaun gmail kepada surimah.Kelas ini diadakan di Pusat 1Malaysia Pokok Sena. Kelas ini bertujuan memberi pendedahan mengenai kepentingan penggunaan emel pada masa kini kerana penggunaan emel yang kian meluas amat mudah dan pantas. Kelas ini disertai oleh dua orang surimah iaitu Pn. Syarifah Noor Abza bt Syed Hassan dan Pn. Siti Kholijah bt Awang . Kelas yang bermula pada pukul 3.00 petang dan berakhir pada jam 4 petang. Antara yang diajar oleh tenaga pengajar adalah mengenai cara-cara menggunakan akaun Gmail iaitu cara menghantar emel dan membuka emel mereka. Selain itu, taklimat Klik Dengan Bijak juga diberikan kepada peserta agar mereka sentiasa beringat dan berwaspada semasa menggunakan internet. Di akhir kelas, peserta juga dinasihatkan supaya sentiasa log out ketika selesai menggunakan emel mereka bagi mengelakkan emel mereka disalahgunakan oleh pengguna nternet yang tidak bertanggungjawab.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.