dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Pokok Sena, Kedah
  • Utama
    • Mengenai PI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Hari Terbuka PI Pokok Sena

10 Novemeber 2015 | Aktiviti Terkini

Pada 09 Oktober 2015, Pusat Internet 1 Malaysia Pokok Sena(PI Pokok Sena) dengan kerjasama Persatuan Wanita Kg Jambu, Pokok Sena, Kedah mengadakan Majlis Bacaan Yassin, Doa Selamat dan Zikir Munajat. Program ini adalah bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah antara pengurusan Pusat Internet (PI) Pokok Sena dengan komuniti setempat. Di samping itu, program ini adalah merupakan program tahunan penduduk Kg Jambu bagi mengeratkan hubungan antara yang tua dan yang muda.Selain itu, PI Pokok Sena dapat diperkenalkan kepada pihak setempat terutamanya kepada penduduk sekitar yang terlibat. Selain itu,Pengurus dan Pen Pengurus juga mengambil kesempatan ini untuk mempromosikan program-program dan aktiviti- aktiviti yang diadakan di Pusat Internet Pokok Sena. Majlis yang bermula pada pukul 3.00 petang ini disertai oleh 30 orang peserta yang terdiri dari ahli wanita penduduk Kampung Jambu. Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Ketua Wanita Kampung Jambu iaitu Pn.Faridah Abdul Rahman diikuti ucapan oleh Pengurus PI Pokok Sena. Selesai bacaan yassin dan doa selamat peserta mengalunkan Zikir Munajat dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhamad S.A.W. Majlis bersurai selepas jamuan ringan diadakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.