dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Pokok Sena, Kedah
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas ICT & Multimedia (Teknik Urus Kelas PDPR Bahagian 1) bersama Guru KAFA Daerah Pokok Sena

18 Mac 2022 | Aktiviti Terkini

Mengambil kesempatan pada masa cuti sekolah, Guru KAFA Daerah Pokok Sena telah bersepakat untuk memperluaskan ilmu di dalam ICT dan Multimedia yang amat diperlukan pada sesi PDPR yang akan dijalankan tidak lama lagi. Berikutan itu, Kelas ICT & Multimedia (Teknik Urus PDPR Bahagian 1) telah diadakan di PEDi Pokok Sena pada baru-baru ini untuk memberi lebih banyak pendedahan kepada guru-guru KAFA bagi mempraktiskan ilmu tersebut di dalam pengajaran PDPR.

Kelas ini secara amnya adalah untuk melatih guru-guru KAFA menggunakan perisian Google Meet dan Google Form secara asas. Mengambil inisiatif berjaga-jaga ketika fasa pandemic Covid yang melanda Malaysia, sesi tersebut dilakukan secara berperingkat dan mengehadkan lima orang di dalam satu sesi yang berlangsung. Kelas yang berlangsung dari pukul 9.30 pagi hingga 1 petang ini dilihat telah memberi kesan postitif kepada para peserta yang dilihat dapat mempraktikkan hasil pembelajaran di dalam PDPR yang akan berlangsung apabila sekolah dibuka nanti.

Selain daripada itu, staff PEDi juga menggunakan peluang ini untuk memberi sedikit taklimat tentang PDPA (Akta Perlindungan Data Peribadi) kepada peserta supaya peserta yang rata-ratanya adalah pengguna aktif media sosial supaya lebih berhati-hati dalam berkongsi maklumat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2022 Semua Hakcipta Terpelihara.