dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Pokok Sena, Kedah
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas ICT (Pendaftaran CTOS)

22 September 2022 | Aktiviti Terkini

CTOS ataupun singkatan kepada Credit Tips Off Service adalah perkhidmatan yang dikendalikan oleh syarikat swasta yang berdaftar bertujuan untuk memberi maklumat rahsia berkenaan mengenai kredit seseorang. Dengan ini, institusi kewangan boleh menganalisa dan mengira risiko yang akan dihadapi dalam meluluskan ataupun menolak permohonan pinjaman sesorang individu. Pada 21 September yang lalu bertempat di PEDi Pokok Sena, seorang pendaftar CTOS telah meminta bantuan daripada staff PEDi Pokok Sena untuk menyertai kelas ICT (Pendaftaran CTOS) oleh kerana beliau kurang mahir dalam kegunaan ICT.

Kelas yang berlangsung selama dua jam ini telah memberi banyak manfaat kepada beliau kerana penggunaan beliau yang terhad dalam ICT sedikit menyukarkan beliau untuk mendaftar kerana pendaftaran CTOS hanya akan berjaya sekiranya pengguna menggunakan penggunaan telefon bimbit dan juga computer.

Peserta mengakui bahawa teknik-teknik yang diajarkan dapat membantunya untuk melengkapkan pendaftarannya ke dalam laman sesawang CTOS.

Kesempatan selama satu jam ini digunakan oleh staff PEDi untuk memberi sedikit taklimat tentang PDPA (Akta Perlindungan Data Peribadi) kepada peserta supaya peserta lebih berhati-hati dalam berkongsi maklumat di dalam media sosial.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2022 Semua Hakcipta Terpelihara.