dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Pokok Sena, Kedah
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Asas Canva (Penghasilan Video Sejarah )

12 November 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 11 November 2022 (Jumaat) seorang pelajar sekolah rendah Darjah 6 telah datang ke PEDI untuk belajar cara membuat video bagi menghasilkan video sejarah yang bertemakan Permainan Tradisional (Batu Seremban).Tidak dinafikan lagi bahawa penguasaan di dalam bidang ICT dan juga multimedia khususnya dalam kalangan murid sekolah rendah membawa impak yang besar dan merupakan perkara yang harus dipelajari pada zaman sekarang. Capaian internet dan juga ilmu ICT (Aplikasi Canva) juga memberikan kemudahan buat para murid sekolah bagi menyiapkan tugasan mereka.

Kelas Asas Canva bagi menghasilkan video untuk subjek Sejarah yang dijalankan selama 3 jam tersebut menekankan kepada murid tersebut mengenai cara penghasilan dan penggunaan video yang sesuai digunakan oleh murid sekolah bagi menghasilkan video kerja kursus yang lengkap dan bersesuaian dengan kehendak yang dicari oleh murid. Petugas PEDI juga memberi tunjuk ajar serba sedikit tentang cara penggunaan format cara hasilkan video dan cara-cara untuk menjadikan video tersebut lebih menyerlah,menarik perhatian sekali gus mendapat penilaian markah yang tinggi oleh guru.

Murid sekolah tersebut mengakui bahawa dengan tunjuk ajar dan bimbingan yang diberikan oleh petugas PEDI sedikit sebanyak membantu mereka untuk lebih yakin dan mahir dalam menggunakan aplikasi Canva.com yang mana boleh diterapkan oleh mereka di dalam pembuatan poster, flyers dan sebagainya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2022 Semua Hakcipta Terpelihara.