dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Pokok Sena, Kedah
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Online MS Powerpoint

24 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas MS PowerPoint secara maya telah dijalankan diatas permintaan seorang pelajar STPM bagi membantunya untuk lebih kreatif menghasilkan slide pembentangan yang berkualiti dan menarik. Latihan ini dijalankan lebih kurang sejam menerusi panggilan video di whatsapp. Kaedah ini banyak membantu peserta untuk lebih memahami dan merasa dekat dengan tenaga pengajar. Sepanjang kelas ini, pembelajaran dua hala daripada tenaga pengajar dan pelajar amat memberangsangkan dan menunjukkan pelajar sangat memahami pembelajaran yang diajarkan secara teori dan praktikal.

Sepanjang PKP dan bagi mengekang penularan Covid19, Pusat internet komuniti Pokok Sena amat menggalakkan kelas latihan secara atas talian bersama komuniti yang memerlukan tunjuk ajar dari kakitangan Pusat internet sama ada latihan ICT, MS office dan Usahawan. Selain itu, kaedah ini banyak memberi peluang kepada para komuniti menimba ilmu secara atas talian dan pembelajaran secara jarak jauh seiring dengan teknologi canggih masa sekarang sekaligus menjadikan pelajar lebih celik ICT.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2021 Semua Hakcipta Terpelihara.