dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Pokok Sena, Kedah
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kursus Smartphone Video: Learn to Produce Professional Mobile Video

12 September 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 11 September yang lalu, dengan menggunakan platform online, Microsoft Team, telah berlangsungnya Kursus Smartphone Video: Learn to Produce Professional Mobile Video yang dikendalikan oleh YES Academy. Kursus yang dianjurkan oleh pihak Pengurusan Pusat Internet Komuniti (Sprintz Designs) dengan penglibatan beberapa PIK sekitar Perlis dan Kedah dengan bertujuan mengajar kakitangan Pusat Internet Komuniti untuk menghasilkan video dengan menggunakan telefon pintar. Kursus yang bermula seawal pukul 8.30 pagi dan tamat pada 4.30 petang dilihat dapat memberi kesan positif kepada semua kakitangan Pusat Internet Komuniti untuk menghasilkan video dengan hanya menggunakan telefon pintar dengan lebih mudah, cepat dan kreatif.

Selain daripada itu, kakitangan Pusat Internet Komuniti juga diajar untuk mempraktikan teknik-teknik ini untuk mengajar komuniti setempat yang dilihat dapat menjimatkan kos, masa dan juga memberi peluang mereka untuk menghasilkan video kreatif untuk dimasukkan ke dalam pemasaran produk mereka. Kumpulan sasaran adalah usahawan komuniti yang ingin mempromosikan produk mereka dengan menggunakan video yang mana dapat menarik minat pengguna untuk membeli produk mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2021 Semua Hakcipta Terpelihara.