dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Pokok Sena, Kedah
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Sambutan Hari Kemerdekaan

30 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-63, Pusat Internet telah mengadakan beberapa aktiviti bersama pelajar sekolah rendah pada 29 Ogos 2020 yang lalu dengan mengamalkan normal baharu dan SOP yang telah ditetapkan.

Bertempat di Pusat Internet, aktiviti yang berlangsung selama satu jam ini juga dilihat dapat memberi kesedaran dan juga menanamkan semangat patriotik kepada peserta. Antara aktiviti yang diadakan adalah tayangan video pendek mengenai kemerdekaan, dan juga pertandingan melukis dan mewarna bendera Malaysia.

Aktiviti ini juga dimeriahkan lagi dengan iringan lagu-lagu patriotik yang dipasangkan untuk menaikkan semangat para peserta sepanjang aktiviti berlangsung.
Secara amnya, aktiviti ini dilihat dapat memberi impak yang sangat baik kepada peserta yang merupakan golongan cilik supaya dapat menerapkan nilai-nilai patriotik di dalam diri mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.