dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Pokok Sena, Kedah
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Hari Terbuka Pusat Internet Pokok Sena

14 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Julai 2019 telah berlangsung hari terbuka Pusat Internet Pokok Sena yang bermula pada pukul 8 pagi hingga 1.00 tengahari bersama komuniti setempat. Pelbagai aktiviti yang telah diadakan antaranya, pendaftaran tuisyen ekelas, pendaftaran ahli pusat Internet Pokok Sena secara percuma dan pendaftaran kelas-kelas lain seperti Kelas ICT dan kelas keusahawanan. Selain itu, advokasi melibatkan Check Your Label, Mobile E-Waste dan hebahan mengenai myFreeview turut diadakan untuk menyampaikan maklumat kepada penduduk setempat tentang peranan Pusat Internet di kawasan berdekatan.

Aktiviti sampingan lain yang turut diadakan seperti kuiz Klik Dengan Bijak (KDB), pertandingan Kahoot ICT, permainan Dam KDB, Pertandingan fast typing, pertandingan mengupas bawang bagi dewasa serta demo membuat kek dimana pengunjung juga boleh merasa kek yang telah dibuat. Terdapat juga cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah yang menarik kepada pengunjung-pengunjung yang dating.

Selain itu terdapat juga booth gerai jualan seperti gerai jualan makanan, tudung, minyak wangi dan pasar percuma. Hari terbuka Pokok Sena juga turut diadakan pemeriksaan kesihatan oleh pihak KOSPEN. Program seperti ini dapat merapatkan lagi jurang di antara penduduk setempat bersama staf Pusat Internet. Penduduk juga dapat menerima maklumat dan info terkini berkaitan aktiviti yang dijalankan oleh Pusat Internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.