dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Pokok Sena, Kedah
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Semarakan Bulan Kebangsaan

27 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Ogos 2019, Pusat Internet Pokok Sena telah mengadakan program menyemarakkan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2019 bersama pelajar-pelajar SMK Pokok Sena. Antara pengisian dalam program ini ialah, tayangan video pendek berkenaan Kemerdekaan Negara. Hasil daripada tayangan tersebut pelajar-pelajar diberi kuiz tentang pemahaman mereka terhadap video yang ditayangkan.

Pelajar-pelajar juga lebih bersemangat patriotik dan teruja apabila mereka mengibarkan jalur gemilang dan memakainya. Bersesuaian dengan tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2019 bertemakan ‘Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih’. Pemilihan tema ini sangat bertepatan dalam menekankan usaha memupuk perpaduan, semangat cintakan Negara dan menonjolkan integriti serta jati diri dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.