dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Pokok Sena, Kedah
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Live Tutorial Maxis E-Kelas 2018

08 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 6 dan 7 Julai 2018, telah berlangsungnya Live Tutorial Maxis E-Kelas dengan kerjasama PI1M Pokok Sena dan Maxis Sdn Bhd. Program ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet 1Malaysia Pokok Sena. Program eKelas yang melibatkan para pelajar tingkatan 1, tingkatan 2 dan tingkatan 3 ini banyak memberi peluang kepada para pelajar menimba ilmu secara atas talian dan pembelajaran secara jarak jauh seiring dengan teknologi canggih masa sekarang.

Tujuan program ini adalah untuk memupuk minat pelajar mengenali dunia IT, meningkatkan idea para pelajar dan memperluaskan ilmu pengetahuan para pelajar supaya sentiasa kreatif dan inovatif. Program eKelas tersebut memberi tumpuan kepada tiga subjek kritikal iaitu Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.