dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Pokok Sena, Kedah
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Majlis Bacaan Yassin dan Doa Selamat Bersama Persatuan Wanita Kampung Jambu, Pokok Sena, Kedah

11 Mac 2017 | Aktiviti Terkini

Majlis Bacaan Yassin anjuran Persatuan Wanita Kampung Jambu telah diadakan di salah sebuah rumah penduduk Kampung Jambu. Aktiviti Majlis Bacaan Yassin yang diadakan pada minggu ke-2 setiap hari Jumaat. Staff PI Pokok Sena turut dijemput bagi mengimarahkan majlis tersebut. Majlis ini diadakan bertujuan bagi merapatkan hubungan silturrahim diantara penduduk kampung, disamping mewujudkan kesepakatan antara satu sama lain. Majlis ini bermula pada jam 2.30 petangdan diakhiri pada jam 5.30 petang. Antara pengisian majlis Bacaan Yassin kali ini adalah berzikir, selawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A W dan juga doa selamat. Bacaan Yassin diterajui oleh Ustazah Zainab iaitu Guru Al-Quran Kg.Jambu.

Jamuan makan dimulakan setelah selesai bacaan yasin dan doa selamat. Alhamdulillah majlis pada hari tersebut berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.