dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Pokok Sena, Kedah
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Advokasi dan Klik Dengan Bijak Bersama Pelajar Universiti Utara Malaysia,Sintok,Kedah.

24 Mac 2017 | Aktiviti Terkini

Advokasi Klik Dengan Bijak pada kali ini telah diadakan di Dewan Kuliah Gugusan 5/6, Kolej Undang-undang Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa(COLGIS),UUM dengan kerjasama PI Kodiang, PI Jerlun, PI Pokok Sena, PI Gunung Gilir ,PI Napoh dan juga PI Daerah Padang Terap. Program ini juga mendapat kerjasama Dekan Fakulti Kolej Undang-Undang Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa (COLGIS) UUM. Program kali ini mengetengahkan pelajar-pelajar dan belia lingkungan umur 21 tahun dan keatas. Sasaran umur kali ini lebih meluas disebabkan oleh banyak gejala sosial yang melibatkan pelajar-pelajar atau belia-belia pada lingkungan umur tersebut. Pendedahan advokasi kali ini mengutamakan topik bertajuk “Online Grooming”, Tujun topik ini diketengahkan adalah disebabkan banyak kejadian yang melibatkan penipuan atas talian berhubung kes-kes seks, ugutan dalam talian dan sebagainya.

Program Advokasi melibatkan lebih kurang 120 orang pelajar dan juga beberapa orang pensyarah. Disamping menyampaikan ceramah, pihak kami juga turut menjalankan beberapa selingan aktiviti kepada para pelajar. Taklimat berakhir pada jam 1230 tengah hari dan sesi bergambar kenangan beramai-ramai turut diadakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.